suralaya
getar senandung suralaya menggamit
di ruang sanubari rindu menghimpit
wajah kasihku melirik senyum tangis
sukar untuk ku tangkis
getar senandung suralaya menggamit
di sudut perasaan cinta menjerit
bisik kasihku gemersik makin jelas
makin rasa sebegitu ikhlas
kata kata mu bagaikan sinar yang ditelan kabus
yang sempat ku dengar
hanya madah
hanya kata
selamat tinggal
aku tersentak langsung tersedar
cuaca dingin merawat hati yang kian rawan
terbayang seribu kemungkinan
tergerak ku mendakap kau pun hilang
dari pandangan
getar senandung suralaya menggamit
di sudut perasaan cinta menjerit
bisik kasihku gemersik makin ransang
makin rasa sebegitu terang
aku tersentak langsung tersedar
cuaca dingin menadah hati yg kian rawan
terbayang seribu kemungkinan
tergerak ku mendakap kau pun hilang
bukan beralah kerana cinta
tapi berjuta kecewa kerana rindu
berjuang ku hanya satu pegangan hidup
dan mati itu, kurasa ingin bersamamu
aku tersentak langsung tersedar
cuaca dingin menadah hati yang kian rawan
terbayang seribu kemungkinan
tergerak ku mendakap kau pun hilang
dari pandangan…
———-
by: amy
———-
great song!! no one can beat amy’s voice just yet… gila steady dah tua tua leh feel cemnih… meremang tengkuk… catchy song indeed… feel… feel…