1 Muharam 1427 Hijrah

Doa Akhir Tahun
Seeloknya dibaca 3 kali antara waktu Asar dan Maghrib.

"Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, selawat dan kesejahteraaan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan sahabat sahabat baginda. Wahai Tuhanku, sesungguhnya pada tahun ini ada aku melakukan larangan-laranganMu tetapi aku belum bertaubat. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Sesungguhnya Engkau berupaya menghukumku tetapi Engkau mengilhamkan daku taubat. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu. Ampunilah aku. Kuharap apa yang kulakukan tahun ini adalah dari apa yang Engkau redhai dan dijanjikan pahala ke atasnya. Sesungguhnya aku memohon padaMu ya Allah. ya Karim (pemurah). ya Zal Jalali Wal Ikram (yang maha agung dan maha mulia). Terimalah permohonanku ini dan janganlah Kau hampakan harapanku wahai Tuhan yang maha pemurah. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarga baginda serta sahabat sahabatnya. Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam"

Doa Awal Tahun
Seelok-eloknya dibaca 3 kali selepas Maghrib

"Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Selawat dan salam ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan sahabat sahabat baginda. Ya Allah, Engkaulah yang abadi dan kekal untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang maha agung dan kemurahan limpah kurniaMu, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon perlindunganMu dari syaitan yang direjam, pengikutnya, tenteranya dan penolongnya. Lindungilah diriku dari nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara tak berfaedah daripada mendekatkan diri kepadaMu.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarga serta sahabat sahabat baginda.Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam"

One Response to “1 Muharam 1427 Hijrah”

  1. weetriscels Says:

    Hi!
    My name is Jessika!

Leave a Reply